Make your own free website on Tripod.com
                           
TOKOH

HASSAN BANDUNG

GIGIH TEGAKKAN SYIAR ISLAM


Bagi masyarakat Islam di Malaysia, Hassan Bandung atau nama sebenarnya Ahmad Hassan merupakan seorang tokoh agama yang dikenali ramai.

Beliau yang juga dianggap sebagai tokoh ulama nusantara, lebih dikenali di Indonesia kerana peranannya dalam Persatuan Islam ( Persis ) yang memangterkenal disana.

Ahmad Hassan dilahirkan di Singapura pada tahun 1887 dengan nama kecilnya Hassan Bin Ahmad. Ayahnya berasal dari India bergelar Pandit. Sementara ibunya Muznah berasal dari Palekat Madras, India dan mempunyai asal-usul dari Mesir, tetapi lahir di Surabaya.

Kedua ibubapa Hassan bernikah di Surabaya ketika mereka merantau ke kotaini, walaupun akhirnya mereka menetap di Singapura.

Disamping berniaga , ayahnya ( Ahmad ) adalah seorang pengarang dalam bahasa Tamil dan pemimpin surat khabar “Nurul Islam” yang terbit diSingapura. Dalam memimpin akhbar tersebut, ianya dibantu oleh Abdul Wahid.

Di majalah yang dipimpinnya, Ahmad sering berdebat mengenai berbagai haldan masalah agama dan soal jawab agama.

Dalam suasana dan kerjaya bapanya sebagai ahli perniagaan dan pemimpin akhbar ( majalah ) itulah Hassan dilahir dan dibesarkan di Singapura.

Sebagai anak laki-laki, ayahnya juga mahu Hassan apabila besar nanti menjadi seorang penulis seperti nya juga. Untuk maksud itu, dia berusaha memberipendidikan secukupnya kepada Hassan.

Suatu keistimewaan yang yang dianugerahkan Allah s.w.t. kepada Hassan, dalam usia 7 tahun, dia sudah mulai mempelajari al-Quran dan pengetahuan asas dalam bidang agama.

Berkat ketekunan dan kecerdasannya, kedua pelajaran ini dapat diselesaikannya dalam tempoh dua tahun.

Selepas itu Hassan masuk sekolah melayu selama 4 tahun dan mempelajari bahasa Arab, bahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa inggeris.

Hassan tidak sempat menamatkan sekolah dasarnya di Singapura, tetapi diasudah mulai bekerja pasa usianya 12 tahun. Dia bekerja di sebuah kedai kepunyaan iparnya Sulaiman.

Pada masa itulah dia belajar dengan Haji Ahmad di Bukit Tinggi.Ketokohangurunya yang disegani dan berakhlak tinggi itu mempengaruhi jiwa Hassan walaupundia bukanlah ulama besar.

Pelajaran yang diterima Hassan adalah sama seperti anak-anak muda lain iaitu belajar sembahyang, berwuduk, berpuasa dan lain-lain.

Hassan mempelajari ilmu nahwu dan saraf pada Muhammad Thaib, seorang guru terkenal di Minto Road atau juga terkenal Kampung Rokoh.

Demi semangat dan cintanya kepada ilmu, Hassan menerima persyaratan darigurunya yakni datang belajar pagi sebelum subuh dan tidak boleh naik kenderaanketika datang mengaji.

Setelah beberapa lama belajar Nahwu-saraf, lalu Hassan memperdalami bahasa Arab kepada Said Abdullah al-Munawi al-Manusili selama beberapa tahun.

Disamping itu, Hassan juga memperdalami agama dengan Abdu Lathif ( guru yang terkenal di Melaka dan Singapura ), Haji Hassan ( Syeikh dari Malabar) dan Syeikh Ibrahim India.

Semua proses belajar seperti ini ditekuni oleh Hassan dengan penuh dedikasi hingga tahun 1910 ketika Hassan berusia 23 tahun.

Meskipun ketekunannya dalam menuntut ilmu begitu tinggi, diluar waktu belajar, Hassan juga mempunyai keterampilannya tersendiri mengasah bakat dalam bidang bertenun dan pertukangan kayu. Dia juga sempat membantu ayahnya dipercetakan, menjadi pelayan di kedai perniagaan permata, minyak wangi, dan sebagainya malah pernah bekerja di Jeddah Pilgrim’s Office, sebuah pejabat urusan jemaah haji.

Setelah menyelesaikan proses belajar hingga tahun 1910, Hassan mula mengabdikan diri sebagai guru. Sementara di Madrasah untuk orang-orang India di beberapa tempat, antaranya di Arab Street, Baghdad Street dan Geylang di Singapura.

Beliau kemudianya menjadikan guru tetap menggantikan Kiai Fadullah Suhaimi di Madrasah Assagaf yang mempunyai peringkat pengajian sampai Ibtidaiyahdan Tsanawiyah.

Keinginan ayahnya untuk melihat Hassan menjadi penulis mula menampakkan hasilnya apabila Hassan mulai menunjukkan kecenderungannya ke bidang tersebut dalam usia masih muda.

Pada tahun 1912-1913, dia membantu Utusan Melayu yang diterbitkan di Singapura pimpinan Inche Hamid dan Sa’dullah Khan.

Hassan banyak menulis tentang agama yang berupa nasihat,anjuran berbuat baik dan mencegah kejahatan.

Beliau juga mengetengahkan berbagai persoalan yang berkembang dalam bentuk ‘syair’.Tulisannya banyak mengandungi kritikan masyarakat demi untuk kemajuan Islam.Dan tema tulisan sedemikian itulah yang banyak mewarnai hasil karyanya dimasa-masa berikutnya.

Penulisan Hassan yang pertama berupa kecaman terhadap Qadli (Hakim ) yang memeriksa perkara dengan mengumpulkan tempat duduk lelaki dan wanita.

Beliau juga dalam salah satu ucapannya, pernah mengecam kemunduran umat Islam,sehingga dia akhirnya dilarang untuk berceramah agama kerana dianggap oleh pihak berkuasa ada unsur-unsur politik.

Dalam kerjayanya sebagai pengarang dan penulis, Hassan juga pernah membuat cerita humor yang berjudul’Tertawa’ dan diterbitkan dalam empat jilid.

Pada tahun 1921, Hassan berangkat ke Surabaya untuk menguruskan kedai kain milik gurunya yang juga bapa saudaranya itu iaitu Haji Abdul Lathif. Daerah Surabaya merupakan daerah mempunyai penduduk yang ramai, maju dalam perkembangan ekonomi dan taraf pemikiran masyarakatnya.

Sebelum ke Surabaya, bapa saudaranya itu telah mengingatkan Hassan agar berhati-hati dalam pergaulan, sebab di Surabaya banyak muncul berbagai aliran kefahaman agama.

Pada ketika itu, pergerakan yang menyerukan fahaman kembali kepada Al-Quran dan Hadis mempunyai pengikut yang ramai di berbagai daerah termasuk Surabaya.

Ketika itu juga pertentangan ‘kaum muda’ dan ‘kaum tua’ menjadi topik perbicaraan yang memang panas. Hassan pun menyaksikan gejolak pemikiran yang terjadi.

Kalangan ‘kaum tua’ lebih kecenderungan kepada amalan tradisi bangsa jawa yang diisi dengan bentuk ajaran Islam.

Namun bagi kalangan ‘kaum’ lebih cenderung menghapuskan samasekali kepercayaan yang bercampur aduk itu digantikan dengan ajaran Islamyang sebenarnya, kembali kepada Al-Quran dan Hadis.

Kalangan ‘kaum tua’ diwakili oleh A. Wahab Hasbullah ( pengasas Nahdatul Watan dan kemudiannya Nahdatul Ulama ).

Sementara ‘kaum muda’ diwakili oleh KH. Mas Manshur, Ahmad Surkati dan Fakih Hasyim.

Di Surabaya inilah Hassan tinggal bersama bapa saudaranya Abdullah Hakim, seorang ahli perniagaan dan Syeikh Jemaah Haji.

Pada mulanya Hassan berniat semata-mata menguruskan perniagaan dan mahu menghindari permasalahan agama kerana merasakan pengetahuannya yang serba sedikit.

Dari bapa saudaranya, Hassan diperkenalkan dengan A. Wahab Hasbullah danselanjutnya menjalinkan persahabatan dengan kaum tua ini.

Dari berbagai pertemuan dan dialog bersama Wahab Hasbullah ini, Hassan banyak menggali berbagai hal dan merubah jalan pemikirannya. Namun dalam perjalanan berikutnya, Hassan merasakan tidak puas hati dengan jawapan kaum tua.

Masa-masa mendatang, Hassan berpeluang bertemu dan berkenalan dengan Faqih Hashim, seorang ahli pernigaan dan tokoh iulama berasal dari Sumatera Barat yang telah banyak mengenal pemikran pembaharuan dan beliau merupakan tokoh kalangan ‘kaum muda’.

Bermula dari situlah Hassan berpeluang bermuzakarah mengenai soal-soal agama menurut kefahaman kaum muda.

Dengan berbagai pertemuan dan muzakarah yang diikutimya, pendirian awal Hassan untuk bercuali dalam kemelut kefahaman agama dan mahu menumpukan pada sola-soal perniagaan semata-mata tidak dapat dipertahankan.

Malah ghairah keilmuannya semakin bergelora.

Sementara itu perusahaan pernigaannya mengalami kemelesetan dan ini menyebabkan beliau terpaksa menyerahkan semula kepada bapa saudaranya yang telah memberi modal awal.

Bagaiamanpun, selepas itu dia membuka pula perniagaan berkaitan dengan kenderaan kereta, tetapi usaha itu tidak lama.

Ketika sebilangan ahli perniagaan di Surabaya hendak membuka kilang tenun, Hassan mendapat kepercayaan dari dua sahabatnya iaitu Bibi Wante dan Mu’allimin untuk mempelajari cara bertenun di Kediri.

Setelah bebarapa bulan di Kediri dia merasakan kemampuannya yang dimilikinya masih belum mampu menguruskan sebuah kilang tenunan. Kerana itu pada tahun 1924, dia mendapat kesempatan melanjutkan kursus bertenun di Bandung.

Di Bandung inilah yang kemudian nama kota ini digandingkan dengan namanya ‘Hassan Bandung’,beliau tinggal dengan keluarga KH M. Yunus,salah seorang tokoh pimpinan Persatuan Islam (Persis).

Jadi di samping mengikuti kursus menenun,Hassan akan kembali ke Surabaya.Namun penglibatan Hassan dan Persis  menyebabkan kawan-kawannya menahannya kembali ke Surabaya.

Mereka melihat kemampuan Hassan begitu mengagumkan dan menjadikannya seorang guru.Mereka juga mendapat persetujuan dengan kedua sahabat Hassan di Surabaya itu untuk membuka perusahaan tenun di Bandung dengan Hassan selaku pengurusnya.

Pada tahun 1926 perusahaan tenun itu dibuka di Bandung, namun kali ini usaha itu juga kurang berhasil kerana kesulitan mendapatkan kemudahan benang dan celup, disamping modal yang terbatas hingga menyebabkan perusahaan itu terpaksa ditutup.

Tetapi dari segi yang lain, Hassan terus aktif mengikuti pengajian-pengajian Persis hingga menjadi anggotanya secara rasmi pada tahun 1926.

Dalam perkembangan berikutnya, Hassan menumpahkan perhatiannya untuk memajukan pertubuhan Persis disamping aktiviti lain iaitu menulis buah fikiran menjadi sebuah karya yang dapat dinikmati hasilnya oleh generasi berikutnya.

Ketika berada di Singapura dulu, Hassan menghasilkan karya-karya yang sederhana, namun apabila berada di Bandung ini, Hassan diberi hikmah oleh Allah s.w.t. menghasilkan penulisan buku yang mendapat sambutan baik dari masyarakat iaitu ‘Tafsir Al-Quran’ yang dicetaknya sendiri.

Suatu  ketika Hassan berkesempatan bertemu dengan Sukarno ( bekas Presiden Indonesia pertama ) dan menyelami lebih jauh perdebatan berbagai persoalan tentang Islam, meskipun terjadi pertentangan pemikiran antara keduanya.

Di Bandung juga Hassan bertemu dengan Mohammad Nasir dan menjalin keakraban, baik sebagai sahabat sekali gus juga murid yang selalu bersamanya.

Bersama M. Natsir, Hassan menerbitkan majalah ‘Pembela Islam’ (terbit sampai bilangan ke-72 ), selanjutnya majalah ‘Al-Lisan’ (terbit hingga ke bilangan 58 ).

Dalam dua majalah itulah Hassan melontarkan pelbagai idea murni dan pembaru Islam. Penulisan-penulisannya itulah yang membuat namanya kian terkenal di nusantara termasuk Malaysia dan Singapura.

Dalam melaksanakan perjuangannya, Hassan tidak tertumpu kepada penulisansahaja, tetapi juga melalui pelbagai cara seperti pengajian, perdebatan ,tablighserta dialog.

Kepetahannya dalam berdebat begitu terkenal. Ini diakui oleh kawan dan lawannya. Banyak lawan-lawan debatnya yang mengakui kekalahan dan kembali ke jalanyang benar dan Hassan tidak pilih-pilih dalam berdebat.

Baginya siapa saja, bila-bila saja dan dimana dapat dilakukan perdebatanitu, bahkan dia bersedia membiayai pelaksanaan majlis muzakarah tersebut.

Setelah hampir 17 tahun Ahmad Hassan bergelanggang di Bandung dan menggerakkan pertubuhan Persis menjadikan namanya dikenali ramai.

Pada tahun 1941 dia berhijrah ke Bangil. Di tempat baru itu dia tetap berjuang dengan mendirikan Persatuan –Persatuan Islam Bangil dan terus menggerakkan Persis melalui penulisan, tabligh, pengajian dan dialog serta perdebatan.

Apabila dia berada di Bangil, namanya yang sebelum ini terkenal dengan panggilan Hassan Bandung kini popular pula dengan panggilan Hassan Bangil.

Pada tahun 1956, Hassan menunaikan ibadah Haji dan ternyata keadaan fizik tidak terlalu kuat sehinggalah dia jatuh sakit.

Keadaan tersebut terus berlanjutan hingga beliau pulang dari menunaikan ibadah Haji. Belum sembuh penyakit yang dideritainya, datang cubaan lain berupapenyakit yang menyebabkan kakinya harus dipotong.

Saat kritis itu dihadapi oleh Hassan dengan optimis dan tawakal. Beliau disaran bermesyuarah dengan pihak keluarga, Hassan menolak anjuran tersebut.

Hassan menyatakan: “Tuan doktor, keluarga saya bukan doctor, jadi mereka bukan ahlinya, dan yang ahlinya ialah tuan doktor, dan bahkan kepada diri saya sendiri, tuan doktor cukup memberitahu. Kalau tuan doktor berpendapat harus dipotong… maka potonglah! Sesuatu jangan diserahkan kepada yang bukan ahlinya.”

Akhirnya pada tarikh 10 November 1958, Ustaz Hassan Ahmad kembali ke rahmatullah dalam usia 71 tahun.

Hassan telah lama pergi meninggalkan dunia yang fana ini, namun namanya tetap dikenang. Banyak hasil karya peninggalannya yang menjadi amal jariah berterusan kepada tokoh ini.

Antara bidang penulisannya ialah Fiqh ( Ushul Fiqh ) , tafsir, hadis danilmu kalam.Sementara hasil penulisannya yang terkenal ialah: Soaljawab, Tafsir al-Furqan, Pengajaran solat, Al-Fara’id dan At-Tauhid.

Semoga sekilas catatan hidup Hassan Bandung ini dapat kita ambil iktibaruntuk dicontohi,Insyaallah. (IMF)

Hidayah ,Jun 2003





Hakcipta semua © demimasa2.tripod.com 2004