Make your own free website on Tripod.com
 

 
 
Haji Jalidar lahirkan album nasyid padang pasir

Sebut saja nama Ustaz Haji Jalidar Abdul Rahim,maka kita akan segera teringat kepada nasyid.Beliau sudah agak sinonim dengan dunia nasyid ,bukan sahaja di negeri ini malah hingga ke pringkat Nasional.Prestasi nya dalam bidang nasyid agak membanggakan.

Namanya mula terkenal ketika memimipin kumpulan Nasyid Noor El-Kawakib,Papar sehingga menjadi Johan Pertandingan Nasyid Kebangsaan di Kuala Lumpur pada tahun 1978.

Selepas itu,Haji Jalidar terus mengabdikan baktinya untuk memajukan bidang nasyid di negeri ini.

Beliau telah menghasilkan kira-kira 160 lagu-lagu nasyid,dan karya sering dinyanyikan pada hari-hari kebesaran Islam,malah sering dikumandangkan di TV dan radio.

Antara kumpulan yang pernah dipimpin dan mendapat sentuhan Haji Jalidar termasuklah kumpulan Kaukabusysarq (1981) yang pernah diundang ke majlis Tilawah peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1984,Haji Jalidar sekali lagi dipilih memimpin kumpulan nasyid Misbahul Munir.Beliau banyak sekali membimbing kumpulan-kumpulan nasyid negeri ini.

Pada tahun 1994,Haji Jalidar bersama kumpulan nasyid Noor El-Sabah telah diundang ke Festival The Garden of Islam di Berlin,Jerman. Dua tahun kemudian,kumpulan itu telah diundang untuk mewakili Malaysia ke Pertemuan Seniman-Seniman MABIMS (ASEAN) di Ambon,Indonesia.

Pada tahun 1996,Haji Jalidar telah dianugerahkan Tokoh Penyair Islam Sabah kerana jasa dan baktinya yang begitu besar terhadap kesenian Islam di negeri ini.

Lirik dan lagunya pernah diiktiraf sebagai lirik dan lagu terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 1999.Malah kumpulan nasyid As-Sobirin yang dibimbingnya menjadi johan pada tahun itu.

Pada tahun 2001,Haji JAlidar menerima anugerah tokoh Al-Farabi daripada Kerjaan Negeri Sabah kerana jasa dan penglibatan beliau sepanjang hampir tiga dekad dalam pembangunan seni nasyid di Sabah dan Malaysia am nya.

Siapakah Haji Jalidar? Beliau dilahirkan di Bedagai,Medan Sumatera Utara,Indonesia pada 21 Julai 1949.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Ibtidaiyah dan kemudian di Madrasah Tsanawiyah Al-Washliyah di Bedagai.

Selanjutnya beliau menyambung pelajarannya di Pendidikan Guru Agama Al-Washliyah dan mendapat Diploma Perguruan Agama.

Pada tahun 1970,beliau menyambung kuliah di Falkuti Tarbiyah Universiti Islam Sumatera Utara Cabang Tanjung Balai,Asahan.

Pada tahun 1974,Haji Jalidar telah dipilih dan dihantar sebagai mubaligh di Sabah oleh kerajaan Sabah.Tugas pertamanya ialah sebagai guru di Sekolah Ugama Islam Papar.Dua tahun kemudian,beliau menjadi guru di Sekolah Menengah Islam Papar dan kemudian bertugas sebagai guru besar di Sekolah Ugama Islam,Kampung Pengalat Besar,Papar.

Pada tahun 1980,beliau dilantik sebagai Penyelia Dakwah di ibu pejabat Majlis Ugama Islam Sabah.Di samping tugasnya sebagai pegawai dakwah di MUIS.Beliau juga menjadi pensyarah Sambilan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam ko-kurikulum Nasyid Tradisi sejak 1996.

Bagaimanapun,selepas tiga puluh berada di tanah perantauan, Haji Jalidar tergamit pulang ke Tanjung Balai,Asahan untuk menghasil nasyid.Hasilnya,lahirlah album irama padang pasir “Balai Asahan”.

“Saya rasa terpanggil untuk melahirkan album di tanah kelahiran.Semoga karya saya boleh dinikmati oleh rakyat,kaum kerabat ,saudara,sahabat handai dan umat Islam di Sumatera Utara.”

Antara lagu dalam cakera padat CD itu ialah Dunia Fana,Nab Akhir Zaman,Bertemu Dan BErpisah, Lambaian Asahan,Ukhuwah Nusantara,Muhasabah Diri,Insaf,Bersatu BAru Islam Sempurna dan Iman Bukan Hanya Dibibir.

“Ramai yang minta agar lagu-lagu nasyid dikhazanahkan agar ia dapat dinikmati dengan meluas oleh masyarakat,”katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Haji Rusli Mansur,seorang tokoh korporat yang telah bermurah hati untuk membantu memberi dana sehingga terbitnya album tersebut.


 

Menurutnya ,memang banyak suka duka nya ketika melahirkan album itu ditanjung Balai,kira-kira 200 km dari Medan,Indonesia.

Beliau terpaksa berulang alik ,kerana kebanyakan penyanyi,pemuzik,semuanya berada di Tanjung Balai.

Katanya,kerja-kerja rakaman dibuat dari jam 8.00malam hingga 5.00 subuh,selama lebih dua minggu.”Kemudian lagu dan vocal mengambil masa dua minggu lagi. Syunting dan pengambaran 12 hari, tidak termasuk editing ,jadi bayangkan betapa sukarnya,”katanya lagi.

Namun setelah segalanya selesai , ia sangat menggembirakan,katanya lagi.Apatah lagi ketika album itu dilancarkan di Stadium Tengku Abdul Jalil,Tanjung Balai ia dihadiri ribuan penonton.

Kelahiran album padang pasir itu, Insya Allah akan dapat membantu pengembangan dakwah melalui jalur seni Islami yang murni.
 

Balik ke Laman Utama

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004