8.Majlis
tepung tawar ada unsur syirik
APAKAH pendapat Dr Salam mengenai
tindakan sesetengah pihak menepung tawar tapak binaan rumah atau pusat
perdagangan yang sering dilakukan masyarakat Islam kini?
Sebagai contoh, sesuatu kawasan yang
hendak dibangunkan dengan pusat komersial diadakan majlis pecah tanah dan
direnjis air mawar dengan harapan operasi perniagaan mendatangkan keuntungan
lumayan.
MAIMON DAUD
Bangi, Selangor
ANTARA upacara atau istiadat dalam
masyarakat Melayu yang mempunyai unsur kesyirikan yang patuh dijauhi ialah
majlis menepung tawar yang biasanya dilakukan untuk pengantin baru, memasuki
rumah baru, orang terlepas daripada bahaya atau sakit teruk dan baru dinaikkan
pangkat.
Ia biasanya dilakukan dengan semangkuk
air yang dicampur dengan pelbagai campuran seperti air beras, limau purut
yang dihiris dan disiramkan dengan susunan dedaun seperti daun setawar,
sepulih, dan sedingin.
Sebelum dimulakan upacara siraman,
ia terlebih dulu ditabur beras kunyit dan bertih. Ketika ini ia berubah
kepada merenjis air mawar.
Majlis seumpama itu hendaklah ditukar
kepada majlis sembahyang hajat dan doa selamat untuk menjauhi unsur syirik
dan khurafat.
|