7.Simpan
rahsia bapa nikah lagi
BAPA saya sudah bernikah dengan wanita
lain tanpa pengetahuan ibu saya.
Memandangkan hubungan saya dengan
ayah begitu akrab, saya tidak sanggup membocorkan rahsia bahawa dia sudah
bernikah lain.
Tindakan menyembunyikan perkara itu
disebabkan saya tidak mahu melihat ibu kecewa jika dia mengetahui, dia
akan mengarahkan ayah saya menceraikan isteri mudanya.
Apakah yang perlu saya lakukan?
JAMALIAH,
Kuala Lumpur.
APA yang boleh anda lakukan adalah
menasihati bapa supaya bertanggungjawab terhadap apa dilakukannya.
Anda boleh menasihati supaya ayah
memberitahu ibu anda, keadaan sebenar.
Ini lebih baik kerana lambat laun
ibu anda akan dapat mengesannya.
Selain itu kita perlu tahu, Islam
membenarkan seorang lelaki berkahwin lebih daripada satu sehingga empat
dengan syarat dia boleh berlaku adil kepada semua isterinya.
Antara sebab peruntukan itu adalah
berlaku banyak peperangan di mana ramai perempuan menjadi yatim dan janda.
Demi mengelak berlaku penganiayaan
terhadap mereka, Islam membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada satu.
Kita juga perlu tahu mengenai Akta
Undang-undang Keluarga Islam di mana diperuntukkan jika seorang lelaki
ingin berpoligami, dia mesti memohon kebenaran di Mahkamah Syariah, dan
pihak mahkamah akan memanggil pemohon dan isteri/isteri-isteri yang sedia
ada supaya hadir.
Mahkamah kemudian boleh memberi kebenaran
jika berpuas hati bahawa perkahwinan itu patut dan perlu, pemohon berkemampuan
dan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri dan perkahwinan
itu tidak mendatangkan mudarat dari sudut syariat kepada isteri sedia ada.
Semua ini dibuat demi menjaga keadilan
sosial. Kegagalan mematuhi peruntukan poligami adalah kesalahan di Malaysia.
|