Make your own free website on Tripod.com
.
Balik ke Laman Utama
::1001 kemusykilan Dr Salam...
6.Keliru tempat tunai solat jamak

SAYA warganegara Malaysia, tetapi bekerja di Singapura dan sering pulang ke rumah bertemu keluarga di Kuala Lumpur apabila hujung minggu. 

Kuala Lumpur adalah tempat kediaman saya, tetapi Singapura adalah tempat kerja dan pada masa sama majikan menyediakan kemudahan tempat tinggal.

Masalah saya adalah di mana perlu saya tunaikan solat jamak takdim atau takhir, sama ada di Singapura atau Kuala Lumpur?

ROSLI, 
Teluk Intan, Perak.

KETIKA bermusafir diharuskan kita menunaikan solat fardu dengan salah satu daripada tiga bentuk iaitu solat qasar (solat yang dipendekkan), solat jamak (solat yang dihimpunkan, terbatas antara Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak dan ia boleh dilakukan sama ada secara jamak taqdim atau jamak takhir) dan solat qasar dan jamak serentak.

Apabila anda sudah bermastautin di Singapura, anda tidak boleh lagi menunaikan solat musafir sama ada qasar atau jamak.

Dengan itu, apabila ingin kembali ke Kuala Lumpur, tempat untuk memulai solat qasar dan jamak menurut kebanyakan ulama ialah apabila seseorang itu melepasi rumah yang ada di desanya atau kawasan tempat kediamannya dan berakhir apabila sampai ke rumah paling awal di desanya atau kawasan tempat kediamannya.

Jika anda tidak berniat untuk menetap di destinasi iaitu Kuala Lumpur lebih daripada empat hari, anda juga dibolehkan melakukan solat jamak dan qasar di situ.
 
 

::Balik::
 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004