Make your own free website on Tripod.com
.
Balik ke Laman Utama
::1001 kemusykilan Dr Salam...
:Tak salah lihat wajah mayat

SEPERTI kebiasaan, apabila ada mayat yang hendak dikebumikan, kain yang menutup muka mayat itu akan dibuka buat kali terakhir kepada keluarga yang ingin memberikan penghormatan terakhir. Soalan saya: 
- Apakah hukumnya apabila orang yang bukan muhrim melihat mayat itu?
- Apakah hukum menabur bunga dan menyiram air di atas kubur?

SHAMSOR MD DESA
Jalan Padang Tembak, Pulau Pinang.

BAGI soalan pertama, melihat muka mayat bukan mahram tidak menjadi kesalahan asalkan tidak membawa fitnah.

Bagaimanapun, menabur bunga dan menyiram air di atas kubur bukan termasuk dalam perkara sunat ketika menziarahi kubur. Apa yang disunatkan menziarahi kubur bagi lelaki, memberi salam, membaca ayat al-Quran sekadarnya dan berdoa bagi ahli kubur. Menziarahi kubur mengingatkan kepada kematian, manakala doa anak soleh dimakbulkan Allah. 
 
 

::Balik::
 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004