| 5.Hak
ayah beri harta secara hibah
SAYA ingin bertanya mengenai hak
atau warisan. Saya ada dua saudara kandung dan tiga saudara tiri.
Kami tiga beradik adalah anak kepada
isteri pertama dan selepas ibu meninggal, adik saya mula bekerja dan mengirim
wang untuk keluarga. Ayah saya menggunakan wang berkenaan untuk membeli
sebidang tanah dan apabila adik saya pulang ke kampung, ayah saya ingin
memberikan tanah berkenaan kepada dua adik tiri lelaki saya yang berusia
13 dan 11 tahun.
Jadi, siapa yang berhak memiliki
tanah berkenaan sama ada adik perempuan saya, abang saya atau adik tiri
saya?
Soalan kedua, adik perempuan saya
membuat rumah sebelum berkahwin menggunakan wangnya sendiri. Tanah tapak
rumah itu dibeli dengan menggunakan wang adik saya. Jadi, apakah rumah
itu perlu diberi kepada adik saya, abang saya atau adik tiri saya?
Soalan ketiga, dua tahun lalu, saya
tertinggal puasa beberapa hari dan tidak dapat menggantikannya pada tahun
sama. Apakah boleh saya menggantikan puasa itu pada masa akan datang atau
perlu membayar fidyah atau kedua-duanya sekali?
MOHD ALI ABDULLAH
Batu Caves, Selangor
TANAH itu tetap kepunyaan ayah anda
walaupun dia membelinya dengan wang pemberian adik anda. Ini kerana wang
itu diberi untuk kegunaan ayah anda dan dia memilih untuk membeli tanah
dengan wang itu.
Seorang ayah pula boleh melepaskan
haknya apabila difikirkan perlu kepada anaknya secara hibah sebelum dia
meninggal. Bagaimanapun, hibah kepada anak boleh ditarik balik. Apabila
dia meninggal dunia, tanah itu menjadi harta pusaka yang perlu dibahagikan
menurut hukum pusaka Islam.
Bagi soalan kedua, apa yang penting
ialah tapak rumah milik adik perempuan anda, walaupun dia membeli dengan
wang adik anda (yang lain). Wang itu mungkin hutang atau pemberian ikhlas.
Jadi rumah itu tetap milik adik perempuan anda. Jika wang ia perolehi adalah
hutang, dia perlu membayarnya balik.
Bagi soalan ketiga, puasa yang tertinggal
perlu diganti. Apabila dia telah melepasi Ramadan seterusnya, dia masih
lagi perlu menggantikan puasanya termasuk membayar fidyah. Bayaran fidyah
atau denda tidak tetap. Satu hari atas kelewatan qada dalam masa setahun
ialah satu cupak makanan di samping mengqadanya.
|