Make your own free website on Tripod.com
.
Balik ke Laman Utama
::1001 kemusykilan Dr Salam...
:49.Suami enggan tanggung anak tiri

SAYA seorang janda yang kematian suami dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini, saya berkahwin lagi tetapi masalahnya, suami baru saya itu tidak mahu bertanggungjawab kepada dua anak saya. 

Ini menyebabkan saya terpaksa menanggung segala keperluan persekolahan dan kelengkapan anak saya, walaupun bergaji kecil. Persoalannya, adakah suami saya perlu menanggung perbelanjaan anak saya itu dan bolehkah mereka digelar sebagai anak yatim apabila saya berkahwin lagi.

MUSALMAH ABU BAKAR
Telok Gadong, Klang.

SEORANG lelaki wajib menanggung nafkah anak-anaknya seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sama ada dalam jagaan sendiri atau orang lain. Apabila bapa kanak-kanak sudah mati, seseorang yang bertanggungjawab di bawah hukum syarak wajib menanggung nafkah anak-anak itu. 

Ini termasuk datuk anak-anak itu atau suami baru puan. Mahkamah boleh memerintah seseorang yang bertanggungjawab di bawah hukum syarak supaya membayar nafkah berdasarkan kemampuan yang munasabah. 

Anak yang kematian bapa sebelum mencapai umur baligh digelar sebagai anak yatim. Menjaga anak yatim mendapat ganjaran besar.
 
 

::Balik::
 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004