Make your own free website on Tripod.com
.
Balik ke Laman Utama
::1001 kemusykilan Dr Salam...
:46.Anak dipelihara bukan muslim

SAYA seorang gadis berusia 25 tahun dan pernah terlanjur sehingga melahirkan seorang anak. Masalahnya, anak saya itu sekarang dijaga oleh ibu bapa lelaki iaitu bapa kepada bayi berkenaan dan mereka beragama Kristian. 

Untuk pengetahuan Dr Salam, saya dibawa ke Sabah untuk melahirkan bayi itu tetapi apabila semuanya selesai, saya tidak dibenarkan membawanya pulang. 

Ketika dilahirkan, bayi itu sempat diqamatkan di hospital. Tetapi sekarang, dia sudah didaftarkan sebagai seorang Kristian dan lelaki itu juga kembali memeluk agama asalnya.

Surat beranak anak saya juga dibuat menggunakan nama kedua ibu bapa lelaki itu. Apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk menyelesaikan masalah ini, lebih-lebih lagi anak saya akan mencapai usia dua tahun pada 28 Jun ini?

FAZIRAH ALI
Johor Bahru, Johor.

ANDA sebenarnya berhak menjaga anak anda. Membiarkannya dijaga oleh keluarga bukan Islam adalah dilarang. Menurut undang-undang Islam anak yang dikira anak tidak sah taraf, penjagaan semata-mata di bawah ibu dan saudara-mara ibu. 

Oleh itu tindakan segera perlu dibuat bagi mendapatkan semula anak itu. 

Antara tindakan yang boleh dibuat adalah:

- berunding semula dengan keluarga itu sama ada secara sendiri atau menerusi saudara mara

- membuat laporan polis di samping mengemuka dan mengumpulkan bukti bagi menunjukkan bahawa anda ibu sebenar kepada anak itu.
 
 

::Balik::
 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004