| :42.Wajib
tunai nazar
SEBELUM ini, saya bernazar untuk
bersedekah kepada rumah penjagaan anak yatim sebanyak RM200 sekiranya saya
mengandung dan dengan takdir Allah saya mengandung. Malangnya ketika mengandung,
saya dan suami menghadapi masalah kewangan yang teruk.
Jadi saya menangguhkan hasrat saya
(menunaikan nazar) itu sehinggalah saya selamat bersalin. Sekarang umur
anak saya lima bulan dan kewangan kami mula stabil. Saya berhasrat membayar
nazar yang saya tangguhkan.
Soalan saya:
- Apakah hukumnya melewatkan pembayaran
nazar yang disebabkan masalah tidak dapat dielakkan?
- Anak saya sering menangis dan matanya
kadang-kadang kelihatan sedikit juling. Adakah ini disebabkan hukuman Allah
kerana lewat membayar nazar?
IBU RISAU.
Kulai, Johor.
NAZAR adalah janji atau sumpah untuk
berbuat baik. Dalam istilah fikah nazar bermaksud mewajibkan diri untuk
melakukan perkara yang tidak wajib dalam syarak demi mendekatkan diri kepada
Allah dengan menyebut lafaz menunjukkan sedemikian.
Bernazar untuk bersedekah kepada
rumah anak yatim wajib ditunaikan segera apabila syarat mengandung tercapai.
Bagaimanapun, jika tidak menyempurnakan nazar yang dibuat atau menariknya
balik wajib membayar kifarah (denda).
Kifarahnya sama dengan kifarah sumpah
iaitu: (1) memberi makan 10 orang miskin, atau (2) memberi pakaian kepada
mereka, atau (3) memerdekakan seorang hamba, atau (4) jika tidak dapat
menunaikan denda di atas hendak berpuasa tiga hari sebagai ganti (Q 5:89).
Tidak ada kaitan secara langsung
kegagalan membayar nazar dengan keadaan anak anda. Bagaimanapun, menunaikan
nazar tanpa berlengah mungkin dapat menenangkan jiwa kerana menangguhkan
bayaran nazar.
|