Make your own free website on Tripod.com
.
Balik ke Laman Utama
::1001 kemusykilan Dr Salam...
:41.Dilema khatan anak istimewa

SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan tahun dan dianggap sebagai kanak-kanak istimewa kerana ketidakupayaan dari segi akal. 

Masalah saya mengenai berkhatan. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan diwajibkan ketika umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini bagi memudahkan menunaikan tanggungjawab dalam hukum syarak yang difardukan apabila baligh kelak.

Persoalan saya, perlukah dan bolehkah anak saya dikhatankan? Jika dikhatankan, adakah ia akan memudaratkan dirinya kerana dia tidak mengerti apa-apa dan tidak boleh menguruskan dirinya sendiri?

MAIMUNAH ALI
Batu Caves, Selangor

SEORANG anak lelaki sewajarnya dikhatan seawal mungkin sebelum mencapai umur baligh. Ini adalah kerana berkhatan sebahagian daripada sunnah fitrah. Ia adalah sunnah yang dimulai oleh Nabi Ibrahim diikuti Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad s.a.w mengkhatankan cucu baginda, Hasan dan Husin ketika umur tujuh hari. 

Bagi kanak-kanak istimewa pula, adalah dirasakan bahawa tidak menjadi masalah untuk mengkhatannya lebih-lebih lagi dengan kemajuan perubatan sekarang. Proses berkhatan dan penyembuhan adalah cepat dan selamat. Adalah baik untuk memilih untuk berkhatan bagi anak itu.
 
 

::Balik::
 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004