| :40.SMS
pertaruhan perlu dielak
KEBELAKANGAN ini banyak peraduan
yang menggunakan perkhidmatan sistem pesanan singkas (SMS). Sesiapa yang
menyertainya akan dikenakan caj (ada yang sampai RM3 sekali cuba) dan kalau
tidak memenanginya kita hanya dapat bil telefon yang tinggi.
Bukankah ini seolah-olah seperti
berjudi ?
MARINA MUSA
Kuala Terengganu,
Terengganu
JUDI adalah permainan dengan menggunakan
wang dan lain-lain sebagai taruhan. Dalam bahasa Arab judi disebut sebagai
maisir (Q. 2: 219; 5: 90, 91) atau qimar. Asalnya daripada kata kerja,
yasara bermaksud mudah atau senang.
Antara unsur judi ialah mendapat
untung dengan jalan mudah dan singkat, tanpa usaha. Islam mengharamkan
judi. Dengan itu, mana-mana peraduan SMS yang membabitkan pertaruhan sama
ada dalam bentuk bayaran atau sebagainya bagi mendapatkan hadiah tertentu
yang lebih besar dan bernilai termasuk dalam kategori judi.
Sebarang bentuk judi semestinya dielakkan.
Kalau ada keraguan dalam peraduan, ia sepatutnya ditinggalkan.
|