| :38.Bimbang
anak dijaga keluarga angkat
SAYA mempunyai seorang anak luar
nikah. Saya didesak oleh ibu angkat supaya menyerahkan anak itu kepada
pasangan warga Indonesia dan sebelum ini, saya tidak pernah kenal pasangan
berkenaan.
Persoalan saya, adakah benar anak
yang diserahkan kepada keluarga angkat itu hanya perlu memanggil saya ,
kakak saja?
Saya juga langsung tidak dibenarkan
membawa anak itu keluar dari rumah pasangan berkenaan. Saya tinggal di
Ipoh dan anak saya di Subang, Selangor dan dia dijaga oleh orang lain apabila
pasangan berkenaan keluar berniaga.
Saya bimbang anak saya itu tidak
akan mengenali saya lagi selepas ini. Saya juga tidak dibenarkan menyimpan
surat beranak dan surat angkat sumpah.Selain hanya dibenarkan berjumpa
di rumah pengasuh dalam masa terlalu singkat, saya juga tidak dibenarkan
menyimpan surat beranak dan surat angkat sumpah.
Baru-baru ini, saya mendapat tahu
anak lelaki pasangan berkenaan seorang penagih dadah dan saya semakin bimbang
sesuatu akan terjadi kepada anak perempuan saya.
Apakah yang perlu saya lakukan? Saya
teringin menjadi seperti orang lain yang berkesempatan membawa anak keluar
bersiar-siar. Kini saya sudah insaf dan bertaubat. Bantulah saya.
SHILA
Ipoh, Perak
ISLAM melihat anak baru lahir sebagai
suci bersih, tidak menanggung dosa kesalahan ibu bapanya. Dengan kata lain,
tiada dosa warisan dalam Islam sebagai agama Kristian.
Allah menegaskan dalam al-Quran:
“…Dan tiadalah (kejahatan) yang diusaha oleh tiap-tiap seorang melainkan
orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul
tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sendiri);
…Q 6: 164).
Semua anak adalah mulia seperti mana
manusia yang lain. “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam;
…” (Q 57:70).
Dalam keadaan ini, anak itu tetap
anak kandung sendiri. Anak itu sepatutnya mengenali ibunya dan anda berhak
dipanggil ibu.
Anda juga boleh menjaga dan bermain-main
seperti mana ibu-ibu yang lain.
Hanya ibu sendiri dapat menjaga kebajikan
anak dengan sebaik mungkin. Bawalah berbincang dengan keluarga angkat anda
mengenai perkara ini.
|