Make your own free website on Tripod.com
.
Balik ke Laman Utama
::1001 kemusykilan Dr Salam...
:37.Sah wuduk pada wajah dibedah plastik

SAYA ingin meminta pendapat Dr Salam mengenai hukum membuat pembedahan plastik pada wajah saya. Adakah wuduk saya sah untuk mengerjakan sembahyang? 

Untuk pengetahuan Dr Salam, ketika kecil saya sudah membuat satu pembedahan, tetapi kesan lukanya masih nampak dengan jelas. Niat di hati bukan ingin mengubah ciptaan Allah, tetapi saya sekadar ingin bertanya.

ZALINA HASSAN
Bukit Payong, Terengganu.

ISLAM membenarkan pembedahan plastik untuk memperbaiki kecacatan atau aib pada seseorang. Contohnya kecacatan pada muka sehingga menyebabkan seseorang itu malu untuk berjumpa orang atau rupanya yang menakutkan orang atau sebagainya. 

Sebarang pembedahan plastik hanya bertujuan untuk nampak lebih menarik seperti membedah hidung atau menukar kulit supaya menjadi putih dikira melampau dalam menghiasi diri sehingga mendewakan fizikal semata-mata. Ia juga dianggap mengubah kejadian Allah. 

Bagaimanapun, apabila doktor menasihatkan pembedahan plastik atas sebab-sebab perubatan, Islam dapat menerimanya. Pembedahan plastik pada muka tidak menyebabkan wuduk menjadi tidak sah.
 
 

::Balik::
 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004