Make your own free website on Tripod.com
.
Balik ke Laman Utama
::1001 kemusykilan Dr Salam...
:36.Hukum makan telur penyu, biawak

SAYA ingin meminta penjelasan Dr Salam mengenai perbezaan antara telur penyu yang boleh dimakan dan telur biawak yang tidak boleh dimakan, sedangkan kedua-dua haiwan itu haram dimakan oleh umat Islam. 

ZAHIR ABU
Pulau Melaka, Kota Bharu.

HAIWAN terbahagi kepada dua iaitu haiwan darat dan haiwan laut (air). Ada haiwan itu yang halal atau ada yang diharamkan syarak untuk dimakan. Sesetengah haiwan diharamkan kerana zatnya dan sebahagian lagi kerana sebab yang terjadi padanya, umpamanya bangkai. Dalam keadaan ini setengahnya disepakati ulama dan setengahnya berlaku perselisihan. 

Penyu pula diharamkan kerana hidup dua alam. Tetapi telur penyu halal kerana penyu mempunyai tabiat makan benda yang bersih. Manakala biawak pula tergolong dalam binatang liar yang haram dimakan. Tabiatnya pula memakan benda-benda kotor, bangkai dan daging. Dengan itu telurnya juga diharamkan. 

Al-Quran menegaskan: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan;”(Q 2: 168).
 
 

::Balik::
 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004