| :34.kebumi
bapa bukan Islam
SAYA kini berkawan dengan seorang
saudara baru. Kami merancang untuk bernikah dalam waktu terdekat ini. Apa
yang memusykilkan saya ialah, bolehkah bakal suami saya melakukan upacara
pengebumian kedua ibu bapanya menurut kepercayaan agama mereka kelak kerana
bakal suami adalah anak lelaki tunggal.
Seperti yang diketahui, seorang anak
lelaki perlu menyempurnakan adat pengebumian ibu bapanya menurut agama
mereka.
Saya melihat seorang saudara baru
melakukan upacara pengebumian bapanya mengikut kerelaan isterinya. Ia menyebabkan
bakal suami saya meraguinya.
Saya berharap Dr Salam dapat meleraikan
masalah saya ini kerana ia membabitkan agama dan kebahagiaan rumah tangga
saya kelak.
RAHMAH ABD RAHMAN,
Segambut, Kuala Lumpur
AL-QURAN menjelaskan kepada semua
manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapa terutama ibu yang bersusah
payah mengandung dan membesarkan kita.
Cuma batasannya ialah “jika mereka
mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang engkau
( menerusi fikiran sihatmu) tidak mengetahui sungguh adanya, maka jangan
engkau taati mereka.
Jika hal sedemikian berlaku, Islam
masih lagi mengarah umatnya supaya bergaul dengan mereka di dunia dengan
cara yang baik. “Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepada-Ku
(dengan tauhid dan amal salih).” - (al-Quran 31: 14-15).
Adalah jelas hubungan darah tidak
putus dengan sebab masuknya teman saudari ke dalam Islam.
Dia boleh menziarahi kedua ibu bapanya.
Bagaimanapun terdapat batasan iaitu tidak melakukan upacara keagamaan yang
bertentangan dengan Islam.
Sekiranya ibu bapanya sakit atau
mati, tidak salah menziarahi, beri penghormatan, tetapi tidak boleh melakukan
upacara keagamaan yang membabitkan kepercayaan mereka seperti menyertai
atau menyempurnakan adat pengebumian dan sebagainya.
|