| :33.Tidak
wajar tangguh hasrat peluk Islam
SAYA ingin bertanya mengenai seseorang
bukan Islam yang ingin memeluk Islam. Mana satu yang patut didahulukan,
menggalakkan seseorang bukan Islam memeluk Islam dahulu atau menggalakkan
beliau mempelajari ilmu agama sebelum memeluk Islam seperti ibadat sembahyang
dan hukum?
Sesetengah pihak berpendapat adalah
lebih baik jika seseorang bukan Islam memeluk Islam terlebih dulu barulah
mempelajari mengenai ilmu Islam kerana jika ditakdirkan dia mati, matinya
adalah dalam Islam?
AHMAD ABDULLAH,
Ipoh, Perak.
APABILA seseorang menyatakan keinginan
untuk memeluk agama Islam, hasrat itu perlu dipenuhi dengan segera. Ini
kerana hasrat itu mungkin sudah lama difikirkan dan kemudian diluahkan.
Dia mungkin mengetahui serba sedikit selok-belok Islam daripada pembacaan
atau pergaulan dengan rakan Muslim.
Apabila ditanya mengenai ajaran Islam,
kita boleh memberitahunya perkara asas dalam Islam, iaitu kepercayaan,
amalan dan larangan dalam Islam. Ajaran Islam boleh dipelajari secara beransur-ansur.
Memeluk Islam pula sangat mudah dan
boleh dilakukan sesiapa saja dengan hanya mengajar supaya dia mengucap
dua kalimah syahadah. Bagaimanapun, untuk tujuan rasmi atau sebagainya,
ia perlu didaftarkan.
|