Make your own free website on Tripod.com
.
Balik ke Laman Utama
::1001 kemusykilan Dr Salam...
:32.Percaya jenazah miliki badi bertentangan ajaran Islam

SAYA ingin mengemukakan dua soalan. Pertama, benarkah apa yang menjadi kepercayaan sesetengah masyarakat kita bahawa mayat atau jenazah mempunyai badi? 

Kedua, seorang khatib sedang membaca khutbah, tetapi tiba-tiba wuduknya terbatal. Apakah hukumnya serta tindakan yang perlu dilakukan khatib berkenaan?

RADZI RAHIM,
Mersing, Johor.

MENURUT kepercayaan masyarakat Melayu, badi bermaksud kesan buruk dialami seseorang seperti sakit (demam dan sebagainya) kerana mendekati bangkai binatang atau orang yang mati terbunuh.

Ia adalah kepercayaan karut yang bertentangan dengan Islam. Bagi tujuan kebersihan, Islam menganjurkan supaya mandi apabila selesai memandikan mayat. Mandi itu termasuk dalam kategori mandi sunat.

Antara syarat khatib ialah ia perlu suci daripada sebarang hadas dan najis pada badan pakaian dan tempat khutbah. Apabila berlaku hadas, khatib boleh memberhentikan khutbah untuk mengambil wuduk dan kemudian menyambung khutbahnya kembali.

Rasulullah s.a.w pernah memberhentikan khutbahnya kerana ada keperluan atau berlaku sesuatu. Contohnya al-Hasan dan al-Husin datang ketika Baginda sedang berkhutbah, lalu Baginda turun dari mimbar dan memangku kedua-duanya (Sabiq, I:225).
 
 

::Balik::
 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004