:31.Ibadah
akikah ikut sunnah Rasulullah
SAYA ingin penjelasan tuan berhubung
akikah. Ada sumber menyatakan apabila kita melakukan akikah pada hari akhirat
nanti kita bakal ditunggangi haiwan berkenaan menuju ke Padang Mahsyar.
Malah, haiwan itu lebih besar dua kali ganda dari saiznya. Apakah benar
kenyataan ini?
HALIMAH HASSAN,
Pahang
HUKUM akikah adalah sunat muakkad.
Ia pernah dilakukan Rasulullah s.a.w.
Mengamalkannya adalah menurut sunnah
Rasulullah. Ia dilakukan bagi melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah atas
kelahiran anak.
Bagaimanapun, gambaran ganjarannya
di akhirat mungkin ada dalam hadis, tetapi sumbernya perlu diselidiki sama
ada ia sahih atau daif.
Apa yang penting bagi umat Islam
adalah akikah dilakukan kerana ia pernah dibuat Rasulullah.
|