Make your own free website on Tripod.com
.
Balik ke Laman Utama
::1001 kemusykilan Dr Salam...
:30.Aurat antara adik-beradik

DI MANAKAH atau apakah aurat di antara adik-beradik (lelaki dan perempuan serta ibu bapa kita), maksudnya cara berpakaian ketika di rumah apabila ada adik-beradik perempuan dan ibu bapa? 

MOHD FIRDAUS,
Baling, Kedah 

ADALAH jelas aurat bagi wanita dengan lelaki bukan mahram ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Hanya mereka dalam kategori di bawah dibenarkan untuk diperlihatkan paras rupa yang lain iaitu: suami, bapa, bapa mentua, anak sendiri atau anak tiri, saudara sendiri (adik-beradik), anak bagi saudara lelaki dan (perempuan) wanita Islam, hamba sahaya, orang gaji lelaki yang sudah tua dan tidak berkeinginan lagi kepada perempuan, dan kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan (Q 24:31).

Bagi 12 golongan di atas, anggota badan yang hanya dibenarkan untuk diperlihatkan ialah rambut, telinga, leher, bahagian atas dada, lengan dan kaki.

Anggota lain seperti perut, paha, dua kemaluan adalah haram didedahkan kepada lelaki mahu pun wanita kecuali hanya kepada suami.

Apa yang jelas ialah seorang wanita hendaklah menutup apa yang perlu ditutup (berpakaian secara sopan) dan dimaafkan jika terbuka secara tidak sengaja atau atas keperluan bila berhubung dengan keluarga sendiri (al-Qaradawi, 1995: 154-161).
 
 

::Balik::
 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004