Make your own free website on Tripod.com
.
Balik ke Laman Utama
::1001 kemusykilan Dr Salam...
:29.Laman web hina Islam, Rasulullah

SEJAK peristiwa 11 September 2001, Islam dan umatnya menjadi sasaran pihak anti Islam seperti dunia barat, Yahudi, Kristian serta pihak yang benar-benar ingin menghancurkan Islam di dunia ini. 

Dalam era globasisasi ini, muncul banyak laman web yang direka musuh Islam dengan tujuan menjatuhkan imej Islam serta Rasullullah s.a.w. dengan memberikan gambaran salah mengenai Islam, juga mencetuskan propaganda supaya penganut agama lain membenci Islam dan membuat seruan supaya Islam dihapuskan.

Baru-baru ini, saya menemui laman web yang dicipta untuk memburukkan agama Islam serta Rasullullah S.A.W. iaitu http://www.faithfreedom.org/Articles/ZaaBrifd40118%20.htm. dan buka tajuk Kepentingan Seks Dalam Islam.

Di sini saya ingin membuat ringkasan mengenai fakta yang ditulis pencipta laman web itu iaitu ZAA BRIFD menerusi laman webnya yang bertajuk Faithfreedom.org mengenai Islam serta Rasulullah S.A.W:

1.Islam menggalakkan lelaki Muslim supaya mempunyai empat isteri serta gundik-gundiknya kerana:

2.Untuk menarik minat penganut serta orang lain supaya masuk Islam serta dapat memuaskan nafsu mereka.

3.Untuk menambah bilangan anak serta menguatkan umat Islam di dunia ini.

4.Rasulullah dianggap teladan yang tidak baik kepada umat islam kerana tidak dapat mengawal nafsunya kerana mengahwini sembilan isteri.

5.Rasulullah mengahwini Siti Aishah yang berusia 9 tahun ketika baginda berusia 53 tahun.

6.Rasulullah berkahwin dengan isteri anak angkatnya ( Zaib Ibn Harith) iaitu Zainab binti Jahsh.

7.Muslimin tidak dibenarkan berkahwin dengan isteri-isteri Rasulullah S.A.W.

8.Al-Quran tidak memberikan panduan betul kepada umat Islam sebagai amalan dan cara hidup.

Jelas, fakta yang terkandung dalam laman itu tidak memberikan gambaran yang sebenarnya mengenai Islam dan Rasulullah. 

Saya ingin meminta jasa baik Dr Salam supaya memberikan penjelasan mengenai perkara ini supaya tidak mengelirukan umat Islam di negara ini.

ZAHIRUL BAHARIN 
KAMARUZZAMAN
Kolej Antarabangsa Inti 
Pulau Pinang

SEMEMANGNYA banyak musuh sama ada nyata dan tidak ingin menyerang Islam dan umatnya baik menerusi tulisan di laman web atau melalui buku, malah melalui serangan bersenjata. 

Bagi menghadapi kemungkinan itu, Islam mengarahkan umatnya supaya sentiasa bersedia, 

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya. …”(Q 8:60).

Antara pendekatan bagi musuh Islam ialah:

-Mereka mengemukakan pelbagai dakwaan bagi menjadikan umat Islam ragu terhadap ajaran Islam, Rasulullah (SAW) sendiri, al-Quran, hukum-hukum Islam dan sebagainya.

-Mereka mengkaji ajaran Islam tetapi bukan untuk mencari kebenaran atau mengamalkan tetapi berusaha untuk memesongkannya. 

Pendekatan yang digunakan ialah dengan mengelirukan ajaran Islam bagi mempengaruhi umatnya supaya meninggalkan ajaran Islam, manakala bagi bukan Islam supaya mereka memandang rendah isi kandungannya. Pendekatan mereka ialah tiada kebaikan langsung dalam Islam.

-Antara isu yang selalu dibangkitkan bagi menyerang Islam ialah isu poligami dan perkahwinan Rasulullah. Sebenarnya isu yang dibangkitkan adalah isu lama yang sentiasa diulang-ulang bagi mendapat pengaruh.

Bagi menanganinya, kita hendaklah memahami ajaran Islam supaya tidak terpengaruh dengan idea-idea itu. Kita hendaklah mengkaji ajaran Islam supaya dapat menyangkal dakwaan sedemikian. 

Buku seperti tulisan Muhammad Qutb yang bertajuk Salah Faham Terhadap Islam (1987) yang dialih bahasa oleh Yusof Zaki Yacob sepatutnya dibaca dan dihebahkan kepada umum. 

Umat Islam juga perlu bertindak proaktif dengan mengemukakan maklumat yang benar mengenai Islam umpamanya menerusi tulisan dan membuka laman web bagi menerangkan salah faham terhadap Islam.
 
 

::Balik::
 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004