Make your own free website on Tripod.com
.
Balik ke Laman Utama
::1001 kemusykilan Dr Salam...
:26.Bimbang masalah senggugut isteri

SATU karangan dalam sebuah majalah pernah mengatakan bahawa wanita yang pernah mengalami keguguran dan wanita yang hamil akan mengalami senggugut ketika haid. Kenyataan itu mengelirukan saya kerana isteri saya sering mengalami senggugut setiap kali datang haid sedangkan dia tidak pernah mengandung. 

Apabila ditanya, dia menyatakan senggugut adalah biasa akibat saluran darah tersumbat atau hormon tidak stabil. Namun, akibat membaca karangan di majalah itu, saya sering memikirkan bahawa hanya wanita yang pernah hamil akan mengalaminya.

Ini membuatkan saya tidak percaya terhadap kejujuran isteri, pada hal saya tahu dia tidak pernah terlanjur dengan lelaki lain selain saya. Saya harap Dr Salam dapat membantu saya dengan menjelaskan mengenai senggugut.

Adakah haram jika seorang wanita tertelan atau menelan air mazi dan air mani lelaki berpunca daripada seks oral yang dilakukan iaitu memuaskan nafsu lelaki dengan mengulum kemaluan lelaki sehingga klimaks?

Ketika sedang melakukan hubungan kelamin dengan seorang wanita, tiba-tiba berbunyi seperti angin keluar dari faraj wanita itu (seperti bunyi kentut). Apakah punca dan sebabnya?

YANG MUSYKIL
Johor Bahru

PEMBACAAN mengenai sebarang isu perlu menyeluruh. Kalau boleh pendapat pakar seperti doktor hendaklah dirujuk. Janganlah disebabkan bacaan dan ilmu kita yang sedikit menyebabkan kita menjatuhkan hukuman sebarangan.

Begitu juga dalam kes senggugut atau “dysmenorrhoea“ dalam istilah perubatan yang berlaku kepada isteri anda. Ia perlu dirujuk kepada pakar perubatan. Jangan difikirkan yang bukan-bukan terhadap isteri. Semuanya membawa perselisihan dan huru hara dalam rumahtangga.

Bagi seorang lelaki, menyentuh dan lebih-lebih lagi melakukan hubungan seks dengan mana-mana wanita selain isteri adalah haram. Seorang wanita menelan air mazi dan air mani lelaki atau perempuan adalah haram.

Bagi mengelak tertelan air itu, seks oral sepatutnya dielakkan. Bunyi angin keluar itu pula mungkin berlaku, wa-Allah a’lam.
 
 

::Balik::
 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004