| :22.Pandangan
mengenai perancang keluarga
PERKEMBANGAN sains dan teknologi
menyebabkan ada pelbagai cara dilakukan untuk mencegah kehamilan dan merancang
keluarga. Soalan pertama saya, apa pandangan Islam mengenai merancang keluarga
dan cara yang disyorkan?
Kedua, apakah pendapat Dr Salam mengenai
memakai implano (alat mencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam lengan
seseorang?
AZLINA AB AZIZ
Jln Klang Lama,
Kuala Lumpur.
PERLU diingat bahawa Islam menggalakkan
supaya umatnya mempunyai keturunan yang ramai. Menurut riwayat, Rasulullah
S.A.W menyukai umat yang ramai. Sehubungan itu, hanya atas sebab yang sah
sahaja kaedah merancang keluarga diharuskan.
Antaranya ialah:
- kehamilan seterusnya membawa bahaya
kepada ibu
- kelahiran baru menyusahkan keluarga
sehingga menyebabkan mereka berbuat perkara haram bagi menampung perbelanjaan
- takut membahayakan kesihatan dan
penjagaan anak
- memudaratkan anak yang masih menyusu.
Cara umum merancang keluarga pada
zaman Rasulullah s.a.w ialah coitus interruptus atau azl.
Baginda tidak pula menegah perbuatan
di kalangan sahabat. Pada zaman ini, banyak kaedah baru seperti memakai
kondom, implano dan I.U.D (intra-uterine device).
Semuanya dapat dimanfaatkan asalkan
ia tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan suami isteri di samping
tahu merancang keluarga diharuskan atas sebab yang sah sahaja.
|