Make your own free website on Tripod.com
.
Balik ke Laman Utama
::1001 kemusykilan Dr Salam...
:21.Isteri jarang tunai solat

SAYA berusia 31 tahun manakala isteri 22 tahun dan kami mendirikan rumah tangga Mei lalu. Sebelum dan selepas berkahwin, saya jarang mendirikan solat dan isteri yang dulu tidak meninggalkan solat, juga berubah menjadi jarang menunaikan kewajipan itu. 

Persoalan pertama, kadang-kadang kami melakukan persetubuhan dua atau tiga kali sehari dan tanpa mandi wajib selepas persetubuhan pertama. apakah perbuatan kami salah dan apakah hukumnya?

Soalan kedua, adakah isteri saya sudah pecah dara hasil persetubuhan kami tetapi yang menghairankan tidak ada darah yang keluar?

Saya harap Dr Salam sudi memberikan panduan untuk kebahagiaan rumah tangga kami dan yang paling penting, dikurniakan cahaya mata.

Insan Mengharap
Desa Pantai, Kuala Lumpur.

SEMBAHYANG adalah suatu kewajipan bagi setiap umat Islam. Meninggalkan sembahyang adalah berdosa besar. Oleh itu sebagai ketua keluarga anda perlu menunjukkan contoh kepada isteri dengan menunaikan sembahyang. Dengan berbuat demikian kita akan dikurniakan zuriat yang baik lagi soleh. 

Mengulangi persetubuhan dibenarkan tanpa terlebih dahulu mandi wajib. Bagaimanapun, anda dinasihati supaya berwuduk terlebih dahulu. Ia adalah sunnah Rasulullah (SAW). 

Bagi soalan kedua, apa yang penting ialah kedua-dua suami isteri berusaha membina rumah tangga yang bahagia dengan memenuhi kehendak ajaran Islam. Soal keluar darah atau tidak, tidak perlu dirisaukan sangat. Ia tidak semestinya terjadi sedemikian.
 
 

::Balik::
 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004