Make your own free website on Tripod.com
.
Balik ke Laman Utama
::1001 kemusykilan Dr Salam...
:20.Ambil barang terbuang tanpa tahu pemilik

SAYA ada beberapa persoalan. Pertama, apakah hukumnya jika kita mengambil barang atau apa sahaja benda yang dibuang atau diletak tanpa ada orang mempedulikannya? 

Maksud saya, barang itu masih elok dan boleh digunakan atau pemiliknya terbuang barang berkenaan. Kadangkala, saya ragu-ragu jika pemiliknya tidak menghalalkan barang itu.

Kedua, benarkah pendapat mengatakan wanita yang dalam keadaan haid atau nifas tidak boleh memotong kuku, memotong rambut dengan sengaja sepanjang berada dalam keadaan tidak suci itu? 

Saya difahamkan, jika potong kuku, perlu menyimpannya untuk dimandi bersama ketika mandi hadas nanti.

Ketiga, bolehkah perempuan mencukur bulu roma yang panjang di kaki dan tangannya?

HANA MOHD HANAFIAH
Tanjung Malim, Perak.

WALAUPUN diharuskan mengambil barang yang dibuang,adalah lebih baik meminta izin pemiliknya jika diketahui pemiliknya. 

Dikhuatiri pemiliknya tercicir atau terbuang barangan itu.

Tidak salah memotong rambut atau kuku dalam keadaan haid. Ini kerana ia sudah tidak lagi menjadi sebahagian anggota badan. 

Bagaimanapun yang terbaik ialah membasuhnya.

Bagi soalan ketiga, harus bagi mana-mana perempuan untuk menghilangkan mana-mana bulu di bahagian badan bagi menampakkan peribadi wanita yang lembut dan bersih. 

Islam bagaimanapun melarang berlebih-lebihan dalam mencantikkan diri dengan mencukur atau mencabut bulu kening.
 
 

::Balik::
 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004