| 19.Hukum
suruh isteri luruskan rambut
SAYA ada beberapa soalan:
1. Apakah hukum jika seorang suami
menyuruh isterinya meluruskan rambut sedangkan si isteri mempunyai rambut
yang berombak? Apakah ia dikatakan mengubah ciptaan Allah?
2. Apakah hukum seorang suami yang
mengeluarkan air maninya dengan sendiri (onani) kerana isterinya tidak
mahu memenuhi kehendak nafsunya?
3. Apakah hukum mewarnakan rambut?
Adakah ia menghalang terkenanya air ketika mandi wajib?
4. Apakah yang dimaksudkan dengan
perkataan ‘berkhalwat bersama isteri’?
HUSSAIMI HUSIN
Tanjung Tualang, Perak.
1. Secara umumnya berlebih-lebihan
dalam mencantikkan diri sehingga mengubah ciptaan Allah dilarang oleh Islam
(Q 4:119). Menyuruh isteri supaya meluruskan rambut sehingga menekan perasaan
isteri adalah tidak baik. Kita hendaklah bersyukur dengan segala pemberian
Allah.
2. Seorang isteri perlu memahami
kehendak batin suami. Dengan tidak melayani suami sehingga menyebabkan
suami mencari cara lain seperti onani menyebabkan dia berdosa.
Suami bagaimanapun perlu memahami
keadaan isteri.
Suami sepatutnya bersabar dan tidak
memilih cara yang tidak sihat. Onani umumnya dilarang Islam. Hanya dalam
keadaan tertentu diharuskan seperti takut terjerumus dalam zina.
3. Mewarnakan rambut putih diharuskan
oleh Islam. Pewarna yang dipilih hendaklah yang menyerap air dan yang lebih
elok adalah pewarna asli.
4. Khalwat (Khulwat) pada asalnya
mengasingkan diri daripada orang ramai dengan niat beribadah kepada Allah.
Bagaimanapun, ia digunakan apabila lelaki dan wanita yang tidak ada ikatan
perkahwinan berada khalwat ertinya bersunyi-sunyian. Dengan itu berkhalwat
bersama isteri bermaksud berdua-dua bersama isteri.
|