| 17.Musykil
berkaitan solat jamak, qasar
SAYA ada kemusykilan berkaitan solat
jamak dan qasar. Kedua-dua orang tua saya tinggal di Mersing iaitu kira-kira
180 kilometer (km) dari Johor Bahru. Mereka sering (seminggu sekali) datang
melihat saya di Johor Bharu.
Dalam tempoh perjalanan itu, mereka
sering melakukan jamak Maghrib dan Isyak serta Asar dan Zuhur. Apakah hukumnya
jamak berkenaan sedangkan mereka sudah biasa berulang-alik dari Mersing
dan Johor Bahru?
Sekiranya saya ingin keluar atau
balik kampung di Mersing, berapakah jarak minimum yang sudah membolehkan
saya melakukan solat jamak? Adakah hanya dalam jarak 10-20 km, saya boleh
singgah di masjid dan melakukan solat Zuhur dan terus menjamakkan Asar
ke dalam Zuhur dalam keadaan saya keluar rumah sebelum masuk waktu Zuhur?
FAROUQ EZMAN
Johor Bahru, Johor.
KEDUA-DUANYA diharuskan bersembahyang
jamak walaupun sering kali berulang-alik. Antara syarat sembahyang musafir
ialah:
-perjalanan bukan bertujuan maksiat
-melebihi dua marhalah, kira-kira
56 batu atau 90 km
-ia mempunyai destinasi tertentu.
Berdasarkan syarat di atas, anda
diharuskan melakukan solat jamak. Ia boleh dilaksanakan sebaik sahaja melintas
keluar dari kawasan kariah anda. Sembahyang jamak adalah antara bentuk
keringanan diberikan oleh Islam untuk penganutnya dalam menyempurnakan
kewajipan sembahyang fardu.
|