Make your own free website on Tripod.com
 
Balik ke Laman Utama
::1001 kemusykilan Dr Salam...
16.Korban untuk ahli keluarga

SAYA sudah melakukan korban untuk diri saya beberapa kali dan pada tahun ini, bolehkah saya menamakan korban itu untuk ahli keluarga saya yang lain seperti ibu atau bapa? Bagaimana sekiranya orang yang kita hendak namakan itu sudah meninggal dunia? 

FATIMAHWATI ADNAN
Ipoh, Perak.

SEMPENA sambutan Aidiladha, umat Islam digalakkan berkorban sebahagian hartanya untuk dinikmati oleh fakir miskin. Korban adalah korban binatang sempena pengorbanan Nabi Ibrahim (a.s) dan Nabi Ismail (a.s). 

Menurut mazhab Shafie, ibadah korban termasuk sunat muakkadah. Adalah memadai sekiranya salah seorang anggota keluarga melakukannya. Dibolehkan juga bagi wali (ayah dan datuk) untuk menamakan anak-anak sendiri berkorban. Menamakan ibu bapa perlu mendapat izin mereka. Menamakan orang mati pula tidak sah kecuali ada wasiat daripadanya supaya berkorban.
 
 

::Balik::
 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004