Make your own free website on Tripod.com
.
Balik ke Laman Utama
::1001 kemusykilan Dr Salam...
14.Wajib mandi jika mimpi basah

SEKIRANYA seorang perempuan bermimpi bersetubuh atau bermimpi melakukan onani, adakah dia perlu mandi wajib? Sekiranya dia sedang berpuasa pada waktu itu, adakah puasanya batal? 

Selain itu, saya sering bermimpi buruk walaupun sudah mengambil wuduk sebelum tidur dan membaca surah al-Fatihah, tiga Qul dan ayatul Kursi. Bagaimanakah cara yang terbaik supaya saya tidak bermimpi buruk?

Ramai orang sering menyatakan setiap mimpi ada maksudnya dan saya pernah bertanya mengenai maksud mimpi itu kepada kawan saya. Bolehkah saya percaya tafsirannya itu?

Soalan terakhir, siapakah yang patut saya utamakan dulu, ibu atau ayah saya?

AHMAD IQBAL
Taiping, Perak

WAJIB mandi hadas besar atau mandi wajib apabila bermimpi bersetubuh sehingga keluar mani. Bagaimanapun, ia tidak membatalkan puasa. 

Mimpi pula adalah sebahagian tanda kewujudan alam ghaib. Terdapat beberapa kategori mimpi, iaitu mimpi benar (al-ru’yah al-sadiqah), mimpi berpunca daripada syaitan, contohnya mimpi buruk dan mimpi biasa sebagai mainan tidur. 

Apabila mengalami mimpi buruk, Rasulullah (saw) mengajar supaya diubah posisi tidur secara bertentangan, meludah tiga kali ke arah kiri, memohon perlindungan Allah, bangkit bersembahyang sunat dan mengelak daripada memberitahu orang lain. 

Mimpi kadangkala jelas dan kadangkala simbolik. Bagi yang jelas, ia tidak perlu tafsiran seperti berjumpa dengan Rasulullah. Mimpi simbolik pula memerlukan tafsiran daripada orang yang ahli. 

Mimpi biasa tidak perlu ditafsirkan atau diambil berat. Ulama Islam juga banyak menulis buku tafsiran mimpi seperti Ibn Sirin. 

Kedudukan ibu bapa sangat tinggi dalam Islam. Kedua-duanya perlu ditaati, dihormati, dilayan dengan baik dan penuh kesyukuran (Q 17: 23-25). Bagaimanapun, kedudukan ibu lebih tinggi daripada bapa kerana ibu mengandung dengan penuh kesusahan (Q 46:15-16). Diriwayatkan bahawa syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
 
 

::balik::
 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004