| 13.Hukum
suami sering tonton VCD lucah
SAYA ada kemusykilan mengenai dua
perkara yang pernah dilakukan.
Saya pernah menonton VCD lucah dengan
niat ingin mengetahui cara yang terbaik dan memuaskan ketika melakukan
hubungan kelamin dengan isteri saya.
Apakah hukumnya jika isteri mengulum
dan memasukkan kemaluan suami ke dalam mulutnya?.
Adakah itu dikira liwat? Bagaimana
pula hukumnya isteri tertelan air mani dan beza jika dibandingkan dengan
isteri yang gemar menelan air mani suami?
OTHMAN HAMZAH
Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
MENONTON VCD lucah adalah dilarang
Islam. Ia dapat meracuni pemikiran untuk melakukan hal dilarang Islam.
Ia juga dapat membawa akibat buruk apabila anak-anak tersilap menontonnya.
Dalam hubungan antara suami isteri,
Islam memberi kebebasan kepada kepada kedua-duanya untuk mencapai kepuasan
batin (istimta`) selama mana ia tidak melampaui batas tertentu seperti
tidak menyetubuhi isteri melalui dubur, ketika haid.
Perbuatan demikian dikira haram dan
perlu bertaubat kepada Allah dengan beristigfar. “Isteri-isteri kamu itu
adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.”
(Q 2:187). Al-Qur’an menyifatkan kedua-dua suami isteri seperti pakaian
yang dapat mengawal dan memelihara pemakainya, contohnya daripada keburukan
dan kehinaan moral dan juga fizikal.
Walaupun oral seks tidak haram menurut
kebanyakan pendapat kerana kedua suami isteri boleh menikmati semua bahagian
badan masing-masing, ia boleh dikatakan di luar adab sopan ketimuran.
Ini kerana perbuatan sedemikian boleh
menyebabkan tertelannya air mazi dan mani yang haram ditelan.
Antara adab bersama yang dipraktikkan
oleh Rasulullah s.a.w. ialah Baginda tidak pernah melihat faraj isterinya
dan berjimak dengan menutup dengan kain.
Perlu diingati kebanyakan amalan
sedemikian berasal dari Barat yang mula mempengaruhi minda Timur kerana
perkembangan maju dalam teknologi maklumat (IT).
|