| 11.Isteri
punyai nafsu pelik
SAYA sudah berkahwin hampir lapan
tahun dan dikurniakan dua cahaya mata. Selama tempoh itu, saya tidak pernah
merasai kenikmatan apabila melakukan hubungan kelamin kerana isteri saya
langsung tindak memberikan tindak balas. Saya sudah berusaha pelbagai kaedah
untuk isteri merasai keseronokan ketika bersama, tetapi amat menghairankan
dia jarang menunjukkan reaksi berahinya.
Saya tidak pernah melakukan hubungan
kelamin sebelum berumah tangga kerana sedar hukum zina dalam Islam. Saya
hanya mengetahui isteri saya tidak mempunyai dara selepas melakukan hubungan
kelamin, tetapi kerana jujur dan ikhlas demi memulakan hidup baru, saya
sanggup melupakannya.
Dia juga tidak pernah mengajak saya
melakukan hubungan kelamin sejak berkahwin dan pada awalnya saya beranggapan
wanita memang bersifat pemalu. Sejak beberapa tahun lalu, saya mengetahui
isteri saya berlaku curang dan melakukan zina dengan ramai lelaki dan perempuan.
Isteri saya cukup licik menyimpan
rahsia dan berdalih serta mampu berpura-pura seperti menangis terutama
apabila ada kaum keluarga di rumah, menyebabkan saya dituduh suka menyakiti
hatinya.
Dia juga sanggup meninggalkan anak
di rumah semata-mata untuk melepaskan nafsu peliknya. Dia sanggup melakukan
hubungan dengan suami orang dan saya mengesyaki dia juga melakukan hubungan
kelamin dengan berlainan bangsa, kemungkinan rakan sekerjanya. Saya juga
mengesyaki isteri saya seorang lesbian kerana sering berdua-duaan di rumah
kawannya sama ada janda atau isteri orang.
Sehingga tahun ini, sudah hampir
12 kenalan perempuannya yang saya kenali silih berganti setiap tahun. Saya
amat kecewa dengan keanehan nafsu peliknya, namun sebagai Muslim saya tidak
boleh menuduh dan mengambil tindakan tanpa sebarang bukti mengikut syarak.
Isteri saya juga sering meninggalkan
rumah tanpa kebenaran saya dan biarpun keluarganya tahu, tetapi tidak pernah
memaklumkannya kepada saya.
Dia juga mahir dengan pelbagai kaedah
ketika melakukan hubungan seks. Perubahan fizikal dan tanda-tanda pada
buah dada dan farajnya amat ketara dan keterlaluan sekali sejak beberapa
tahun kebelakangan ini.
Saya pernah cuba berbincang dengan
keluarganya tetapi sering kecewa kerana mereka tidak mempercayai dan menuduh
saya melakukan fitnah. Saya sering menasihatinya dan cuba membuat dia mengaku
dan menyesal atas perlakuannya, tetapi saya sering ditengking kerana menuduhnya
tanpa bukti.
Saya cuba menekankan nilai-nilai
isteri solehah yang berpegang pada akidah serta menguatkan keimanan dengan
ajaran Islam yang sejati. Kadangkala isteri saya mendirikan solat tetapi
selalu tidak dan bersolat duduk dengan memberikan alasan kakinya sakit
dan sering solat di penghujung waktu dan memberi alasan, senang solat dua
waktu sekali.
Saya cuba membabitkan diri kami dengan
kegiatan di masjid bagi mendidiknya solat pada waktunya, tetapi akhirnya
saya dituduh berpura-pura. Rakannya sama ada lelaki atau perempuan sering
mengelak kerana tidak mahu terbabit dengan permasalahan rumah tangga orang.
Saya sedih dengan keadaan yang menimpa,
lebih-lebih lagi memikirkan masa depan anak-anak yang mempunyai seorang
ibu sedemikian rupa.
Bagaimanakah pengaruh yang akan dibawanya
nanti? Bagaimanapun, saya simpati dengannya, tiadakah sedikit ruang cahaya
Ilahi di hatinya sehingga sanggup menuruti nafsu peliknya semata-mata?
Setiap kali solat, saya iringi doa
semoga ada insan yang mampu menolong saya serta anak-anak dan semoga dilimpahi
rahmat Ilahi kepada isteri saya pada suatu hari nanti. Apakah yang perlu
saya lakukan?
YEO ABDULLAH,
Padang Besar, Perlis.
SUAMI adalah ketua keluarga. Apabila
suami menyedari sesuatu yang tidak kena dalam rumah tangganya, dia perlu
segera bertindak membetulkan keadaan. Antara tindakan yang mungkin dilakukan
ialah:
(1) Menceraikan isteri tanpa berfikir
panjang;
(2) Membawa perkara itu ke mahkamah,
atau:
(3) Menyelesaikan masalah secara
peribadi.
Bagaimanapun, al-Quran mengesyorkan
tindakan ketiga: “Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz)
hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah
mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka
(dengan pukulan ringan bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat
kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Q 4: 34).
Apabila isteri enggan mematuhi suruhan
suami, isteri dikira nusyuz. Apabila sabit nusyuz, maka gugur semua haknya
sebagai isteri seperti nafkah.
Berlaku curang kepada suami adalah
melanggar tanggungjawab seorang isteri, iaitu menjaga hak suami dalam hubungan
perkahwinan dengan menghindari daripada mencemar kehormatan dan maruah
diri.
Seorang suami yang membiarkan perbuatan
sedemikian bermaharajalela tanpa mengambil tindakan adalah salah dan dianggap
dayus.
Menyukai perkara maksiat seperti
perzinaan dan sebagainya adalah penyakit hati. Allah s.w.t. menyifatkan
kaum Lut sebagai berada dalam keadaan gila kerana menurut hawa nafsu semata-mata
di mana mereka hanya menyukai sesama lelaki dengan melakukan dosa liwat.
|