| 10.Tiga
tanggungjawab wanita solehah
SAYA akan mendirikan rumah tangga
tidak lama lagi. Jadi, bolehkah Dr Salam jelaskan secara mendalam mengenai
tanggungjawab isteri yang dituntut Islam serta ciri-ciri wanita solehah?
AZLINA MAN,
Arau, Perlis.
ADA tiga tanggungjawab asas bagi
seorang isteri, iaitu:
(1) Patuh dan taat kepada suami sebagai
ketua keluarga, bukan secara melampau dengan menyembah-nyembah suami tetapi
atas semangat menghormatinya bagi mengekalkan keharmonian;
(2) Menjaga hak suami dalam hubungan
perkahwinan dengan menghindari daripada mencemar kehormatan dan maruah
diri, dan:
(3) Melindungi maruah dan harta benda
suami (Ansari, 2001: II: 234).
Ini tersirat dalam ayat al-Quran
yang bermaksud: “Maka perempuan yang solehah itu ialah yang taat (kepada
Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dengan apa
jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan
Allah dan pertolongan-Nya.… (Q 4: 34). Semua ini mencukupi bagi isteri
solehah.
|