1.Bawa balik kurma dari rumah
anak yatim
BARU-BARU ini, saya mengikut rombongan
persatuan menghadiri majlis berbuka puasa di rumah anak yatim. Persatuan
kami mengutip derma daripada ahli dan memohon jasa baik pihak swasta menderma
makanan.
Ada beberapa ahli rombongan yang
hadir membawa pulang sekotak buah kurma lebihan daripada berbuka puasa
bersama-sama anak yatim itu. Kemusykilannya, adakah perbuatan mengambil
lebihan buah kurma itu termasuk dalam erti kata memakan harta anak yatim?
ROSINAH CHE MANN,
Pulau Pinang
ISLAM sangat menggalakkan berbuat
baik kepada anak-anak yatim seperti menderma makanan, pakaian dan tempat
tinggal. Menjaga kebajikan mereka adalah sebahagian tanggungjawab umat
Islam.
“... Dan mereka bertanya lagi kepadamu
(wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki
keadaan anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan
mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara kamu (yang
seagama)” (Q 2: 220).
Ayat di atas menegaskan bahawa tidak
salah bercampur gaul seperti perbelanjaan makan minum antara orang yang
mengurus dan membantu mereka asalkan mereka jujur dan adil. Dengan itu
membawa pulang lebihan kurma tidak salah dan tidak termasuk memakan harta
anak yatim. Bagaimanapun lebih baik untuk tidak membawa balik.
Balik
|