Make your own free website on Tripod.com
              
Menu Utama
Arkib    

KONSEP IBADAHDALAM KERJA


PENDAHULUAN

Allah s.w.t. telah menciptakan manusia untuk hidup dialam dunia ini buatsementara waktu,adalah mempunyai tugas dan kewajipan,iaitu untuk beribadahkepada Allah.

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Dan tidak aku (Allah) ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku.”

PEMBAHAGIAN IBADAH

Ibadah dapat dibahagikan kepada 2 bahagian,iaitu:
1.Ibadah Umum
2.Ibadah Khusus

Ibadah Umum

Yang dimaksudkan ibadah umum ialah termasuk segala amalan atau kerja yang baik yang dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah.

Dari pengertian diatas,termasuklah amal/kerja dipejabat,dikebun dan sebagainya.

PENGERTIAN KERJA

Pengertian kerja menurut Islam dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

1.Erti Umum
2.Erti Khusus

ERTI UMUM

Kerja atau amal menurut erti umum ialah melakukan atau meninggalkan perbuatan yang disuruh atau dilarang oleh agama yang meliputi perbuatan baik atau jahat.Perbuatan baik dinamakan amal soleh dan perbuatan jahat dinamakan maksiat.

ERTI KHUSUS

Kerja menurut erti khusus terbahagi kepada 2 bahagian,iaitu:

1.Kerja yang bercorak jasmani
2.Kerja yang bercorak akli/fikiran

Kerja menurut erti khusus ini meliputi segala perbuatan ekonomi yang dibolehkan oleh syarak ,sebagai balasan atau upah,sama ada kerja itu bercorak jasmani ,seperti:buruh dan sebagainya,atau bercorak akli/fikiran seperti pegawaidan sebagainya.
Berdasarkan konsep ni maka menurut Islam,masyarkat dari segala peringkatpekerjaan sesuai dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

IBADAH KHUSUS

Ibadah khusus,iaitu seperti solat ,zakat,puasa dan haji.

PERANAN NIAT DALAM AMAL/KERJA

Niat adalah merupakan titk permulaan dalam suatu amal/kerja.Ianya tumbuhdalam hati manusia yang mendorong dan menggerakkan sesuatu amal/kerja.

Oleh kerana itu niat menjadi ukuran yag menentukan nilai baik atau buruknya suautu amal yang dikerjakan,sebagaimana dijelaskan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Hanyasanya segala amalan itu dengan niat ,dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang diniatkan nya.Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kerana Allah dan RAsulnya,maka hijrahnya adalah kerana Allah dan Rasulnya.Dan barangsiapa  yang hijrahnya itu untuk dunia ia akan memperolehinya,atau wanita yang hendak dikahwininya,maka hijrahnya itu kepada apa yang ia hijrah kepadanya.

Hadis tersebut diatas menjelaskan bahawa nilai sesuatu amal/kerja itu hendaklah ikhlas kerana Allah sebagaimana dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Mereka tidak disuruh kecuali supaya beribadah kepada Allah denganmemurnikan ketaatan kepada Nya dalam melaksanakan agama dengan terurus.”
(Surah Al Bayyinah: 5)

“Kataknalah sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam.”
(Surah Al Anam: 162)

KERJA MENURUT TUNTUTAN ISLAM

Islam menjadikan “kerja’ sebagai tuntutan fardu atas semua unatnya selaras dengan dasar persamaan yang diisytiharkan oleh Islam bagi menghapuskan system yang membeza-bezakan manusia mengikut darjat atau kasta dan warnakulit.Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai umat manusia!Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain).Sesungguihnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantarakamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
(Surah Al Hujarat: 13)

Sebuah hadis yang bermaksud:
“Wahai manusia!Sesungguhnya Tuhan kamu satu dan bapa kamu satu ,setiap orang dari kamu adalah dari Adam dan Adam dijadikandari tanah.Orang yangpaling mulia dari kamu ialah mereka yang paling taqwa dikalangan kamu,tidakada keutamaan bagi orang-orang Arab atas orang Ajam (orang-orang bukan Arab)kecuali dengan sebab taqwa.”
(Riwayat al Bukhari)

Dengan menggugurkan segala unsur-unsur perbezaan darjat atau warna kulititu,maka jadilah kerja menurut Islam suatu tuntutan kewajipan yang menyeluruhatassetiap orang mampu bekerja untuk mencapai kebahagiaan individu dan jugamasyarakat.Jadi tidaklah ‘kerja’ itu hanya khusus untuk golonganhamba abdi seperti sebelumnya.

Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad):”Beramallah kamu (akan seg ala yang diperintahkan)maka Allah dan Rasulnya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan.”
(Suarh At Taubah: 105)

Islam juga meningkatkan tuntutan bekerja itu hingga ke tahap kewajipan agama.Oleh itu perkataan  iman sentiasa dikaitkan oleh Al-QUran dengan amal soleh tau perbuatan baik.Ini bererti bahawa Islam itu adalah akidah yang mestidiamalkan dan amalan yang mesti berakidah secara tidak terpisah.

Seperti firman Allah yang bermaksud:

“Demi masa,sesungguhnya sekalian manusia didalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh,berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah Al- Ashr: 1-3)

KERJA SEBAGAI SUMBER NILAI

Islam menjadikan kerja sebagai sumber nilai insan dan ukuran tanggungjawab.Perbezaan nilai dan darajat seseorang adalah berasaskan kepada kerja atau amalannya.

Firman Allah yang bermaksud yang bermaksud:
“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseroang itu melainkan (balasan) disebabakan amal yang mereka kerjakan dan (ingatlah) Tuhan itutidak lalai dari apa yang mereka lakukan.”
(Surah Al An’am)

Kerja sebagai sumber nilai manusia bererti bahawa kerja manusia itu memberi atau menentukan nilai atau harga keatas sesuatu perkara itu,kerana sesuatu perkara tau urusan itu pada zatnya tidak ada apa-apa nilai kecuali kerana nisbah kepada apa yang dikerjakan oleh manusia bagi menghasilkan atau membuatnya ,mengedarkannya atau menggunakannya.Kerja juga dari segi yang lain merupakan sumber yang objektif bagi penilaian prestasi manusia itu.Oleh yang demikian Islam menentukan ukuran dan syarat-syarat kelayakan bagi menentukan ukuran dan syarat-syarat kelayakan dan juga syarat-syarat  kegiatan bagi menentukan sesuatu jawatan itu supaya dapat dinilai prestasi kerja seseorang itu.Dengan cara ini Islam dapat menyingkirkan perasaan pilih kasih dalam menilai prestasi seseorang sama ada dari segi social ,ekonomi dan politik.

KERJA SEBAGAI SUMBER MATA PENCARIAN

Islam mewajibkan setiap umatnya bekerja untuk mencari sumber rezeki nya bagi menyara kehidupannya.Islam memberi berbagai-bagai kemudahan hidup dan jalan-jalan untuk mendapatkan rezeki dibuat Allah yang penuh dengan segala nikmat ini.

Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi,dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan…”
(Surah Al Araf: 10)

Dan firmanNya lagi yang bermaksud:

“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah dimerata-rata ceruk rantaunya,serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan kepadaNya jualah dibangkitkan hidup semua.”
(Surah Al-Mulk: 15)

Islam memerintahkan umatnya mencari rezeki yang halal kerana pekerjaan itu adalah bagi memelihara maruah dan kehormatan manusia.

Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia,makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik…”

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Mencari kerja yang halal itu wajib atas setiap orang Islam.”

Oleh yang demikian Islam mencela kerja meminta-minta atau mengharapkan pertolongan orang lain kerana ianya boleh merendahkan harga diri atau maruah.Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya,seseorang yang pergi mengambil seutas tali kemudian mengikat seberkas kayu api lalu menjualnya hingga dengan sebab itu ia dapat memelihara harga dirinya,adalah lebih baik daripada ia pergi meminta-minta kepada orang sama ada mereka memberinya atau menolaknya.”

Sebuah hadis lagi yang bermaksud:
Diceritakan bahawa seorang lelaki yang cergas dan gagah sedang lalu dihdapan Baginda menuju kearah tertentu .lalu kedengaran  para sahabat berkata:”Alangkah bagusnya kalau orang ini berjuang pada jalan Allah.”makabaginda Rasulullah s.a.w. bersabda:”Sekiranya dia keluar berusaha untuk anak nya yangkecil ,maka dia berjuang pada jalan Allah,kalau ia berusaha untuk kedua ibubapanya yang telah tua pun dia berjuang pada jalan Allah,kalau dia berusahauntukmenyara dirinya pun,ia telah berjuang pada jalan Allah.”

KERJA SEBAGAI ASAS KEMAJUAN UMMAH

Islam mewajibkan bekerja untuk mendapatkan mata pencarian hidup dan pendapatan secara langsung mendorongkan kepada kemajuan sosio-ekonomi.Islam mengambil perhatian berat terhadap kemajuan di peringkat masyarakat dengan mengalakkan berbagai kegiatan ekomnomi sama ada di sector pertanian,perusahaan dan perniagaan.Dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. sangat ketara dorongan kea rah kemajuan ekonomi disektor tersebut,sebagai contohnya:

1. Dalam bidang pertanian :

Yang bermaksud:
“Tiada sesorang mukmin itu menyemai semaian atau menanam tananam lalu dimakan oleh burung atau manusia melainkan ia adalah menjadi sedekah.”

2. Dalam bidang perusahaan :

Rasulullah pernah meletakkan taraf para peniaga sejajar dengan para nabi,orang-orang yang benar,para syuhada dan orang-orang soleh dengan sabdanya yang bermaksud:
“Peniaga yang jujur adalah bersama para nabi ,orang-orang siddiqin,para syuhada.”

ISLAM MENOLAK PENGGANGGURAN

Islam menuntut umatnya bekerja secara yang dibenarkan menurut Islam sentiasa memandang berat dan menyeru umatnya untuk bekerja dan berusaha mencari rezeki melalui dua pendekatan berikut:

1.ISLAM MELARANG DAN MENCEGAH UMATNYA MEMINTA-MINTA

Islam melarang dan mencegah umatnya meminta-minta dan mengganggur.Banyakhadis Nabi s.a.w. menjelaskan tentang larangan berusaha dengan cara meminta-minta.Baginda Rasulullah sering benar mengarahkan orang yang datang meminta-minta supaya bekerja.Umpamanya suatu ketika seorang fakir datang meminta-minta kepadabaginda,lalu Baginda bertanya,”Adakah anda memiliki sesuatu?”
“Tidak”,kata lelaki itu.Baginda bertanyalagi dengan bersungguh-sungguh,lalu lelaki itu menjawab :”saya ada sehelai hamparan yang separuhnya kami jadikan alas duduk dan separuh lagi kami buat selimut dan ada sebuah mangkuk yang kami gunakan untuk minum.”Baginda bersabda kepada nya:Bawakankdua-dua barang itu,kemudian Nabi tunjukkan barang-barang itu kepada orang-orangyang berada di sisi Baginda kalau ada sesiapa yang hendak membelinya.AkhirnyaBaginda dapat menjual nya dengan harga dua dirham dan diberikan wang tersebutkepada lelkaki itu sambil Baginda berkata:”Belilah makanan untuk keluargamu dengan satu dirham manakala satu dirham lagi belikanlah sebilah kapak.”Kemudian Rasulullah meminta lelaki itu datang lagi,lalu lelaki pun datang dan baginda telah membubuhkan hulu kapak itu dan menyuruh lelaki itu mencari kayu api sambil baginda mengatakan supaya lelaki itu tidak akan berjumpa lagi dalam masa lima belas hari.Lelaki itu pergi dan kembal ikemudaian selepas limabelas hari sambil membawa wang sepuluh dirham ,lalu ia berkata:”WahaiRasulullah,Allah telah memberkati saya pada kerja yang tuan suruh itu.”BagindaRasulullah s.a.w. pun bersabda:”Ini adalah lebih baik daripada andadatang pada hari kiamat kelak sedang pada muka anda bertanda-tanda keranameminta-minta.”

Berdasarkan kepada banyaknya hadis mengenai perkara ini ,para ulama membuat kesimpulan bahawa larangan meminta-minta itu bukanlah sekadar perintah bersifat akhlak sahaja bahkan orang yang menjadikan kerja meminta-minta itu sebagai ‘profession’ hendaklah dikenakan hukuman seksaan yang berpatutuan(takzir).

Dengan cara mendorong seseorang Islam itu bekerja dengan berbagai-bagai galakan ,sebagaiman hadis yang telah disebutkan menegenai pertanian,perniagaan ,perusahaan dan sbagainya.Terdapat setengah-tengah ulama yang membincangkan mengenaikelebihan diantara cara-cara berusaha itu.Walau bagaimanapun kesimpulannyabhawa perkara itu adalah berbeza-beza mengikut keperluan dan keadaan masing-masing.

PENUTUP

Dengan huraian yang serba ringkas semoga akan memberi munafaat untuk meningkatkan produktiviti dam mutu kerja kerana Allah dan segala kerja yang kita lakukan menjadi ibadah.

Solech Machsuni
PLDKG,BAHEIS,JPM
Cawangan Sabah

28hb.Feb.1991




Hakcipta © demimasa2.tripod.com 2004